Penat tak sudah..
Mak letih nyah... Mak letih jenjalan kat Bandung hari tu , shopping tak hengat, dari satu factory outlet ke satu factory outlet sampai rasa nak tecabut kaki, nasib baik ada Spa Roger's tempat berurutan yang bila dipusing kepala mak sampai krakkkk...berbunyi2 and kaki rasa lega sikit.... Mak letih gi Pasar Baroe (Baru) Bandung pilih baju batik hubby, baju batik cikgu khairin, kain cotton dan jugak kiriman kain sulam kengkawan yang semuanya kalau nak banding dengan kat KL memanglah cik mur, uolss! Mak letih melayan kerenah Zaim yang mencabar kesabaran dan kengkadang ada jugak terasa nak diwakafkan aje budak itu dengan pemandu angkot kat Bandung tuh... Mak letih nyah, bila Imran kata wallet dia dengan duit raya dia yang nak dekat 300 ratus hengget tu telah berjaya dihilangkan semasa kami berlari-lari anak keluar angkot masa hujan lebat kat Bandung tuh...Anak-anak yang kau bawak duit Mesia tu buat per??? Cuba simpan kat umah...selamat duit tuhhh...tak per la tak der rezeki... ...