Pre-Singapore post...kali ke berapa ya....???!!!


Kerana saya akan bertolak ke kota Singa dalam beberapa jam lagi, jadi saya rasa macam ok lah kalau nak post buat kali ke 2 hari nih...Blog aku, suka hati aku lah...hehehe... I will miss writing for the next few days, walaupun sebelum nih pernah berminggu-minggu tak memblog...(macam real jer will miss blogging).



Tadi saya pergi ke Tesco dengan budak Aisyah yang sepatutnya balik JB tadi tapi disebabkan tiket bas yang sesuai hanya ada esok (sebenarnya beberapa jam lagi) jadi esok jer lah dia balik ke JB, rumah Mak saya. Dah macam jadi satu kebiasaan pulak setiap kali sebelum saya pergi keluar stesyen out-station, masa tulah pembantu rumah saya akan keluar dialog " Kak, beras habis, susu habis, itu abis, ini abis", jadi disebabkan saya seorang ibu yang prihatin (ewah), takut anak-anak saya tak makan dan syuben saya pulak yang kena pergi ke Tesco beli barang-barang rumah semasa saya kat kota Singa ( yang selama ini, walaupun saya dalam pantang sebab beranak, saya jugak pergi ke Tesco kerana suka sesangat nak keluar rumah semasa dalam pantang)...eh...apa saya merepek ini???

Untuk memendekkan cerita, dari hanya rancangan untuk membeli beras dan 2, 3 barang lagi yang habis katanya, saya telah membeli cukup stok untuk tidak pergi ke Tesco sehingga akhir bulan lah...hehehe... Siapa yang kaya???Tesco jugak yang kaya... Ini semua salah pembantu rumah saya yang kegemarannya mereport kehabisan barang disaat-saat akhir...tapi dari dia tak beritahu langsung, lagi haru...



Jadi, esok, beberapa jam lagi tinggal lah anak-anak dan syuben tersayang. Terima kasih kerana memahami yang ini adalah sesuatu yang perlu saya buat ( sungguh teruk bunyinya di dalam bahasa melayu ya...) Thank you for understanding that this is something that I have to do...(sedap sikit bunyinya). Samada anak-anak faham dalam erti kata yang sebenar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu.



Mama hanya harap kalau anak-anak tak faham sekarang, mungkin satu hari nanti akan lebih memahami. Dan mama harap, satu hari nanti mama akan dapat memahami anak-anak semua seperti mana anak-anak semua memahami keadaan-keadaan (the situations...kenalah translate ya) that surrounds your life now...(penatlah mama tulis melayu...)



I love all of you with all my heart and more....and I will miss all of you even more...walaupun hanya 4 hari ya... (agak over emo nya pagi ini).

Comments

Popular posts from this blog

KIDS RULE AT kids@fgw

Posting from Dreamland

Panjang umur FT!!